Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah
tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan
meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan
sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan
mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan
petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama
10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu, lakukan senaman ringan.
Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman
yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca
selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat
dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan
setiap pagi.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada
hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk
kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke
ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku
dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di
dunia dan akhirat.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment