Sunday 6 October 2013

Madonna pelajari Al-Quran


LOS ANGELES: Ikon pop Barat, Madonna, kelmarin mendedahkan bahawa beliau kini sedang giat mempelajari Al-Quran.
Dalam rencana yang dimuatkan pada edisi terbaru majalah Harper's Bazaar, Madonna turut menceritakan tentang kehidupannya di Britain setelah berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie, sambil berkata "tiada yang lebih indah daripada kawasan desa England" dan dia kini sedang mempelajari Al-Quran.
"Saya sedang membina sekolah-sekolah untuk kanak-kanak perempuan di negara-negara Islam dan sedang mempelajari Al-Quran.
"Saya fikir adalah penting untuk mengkaji semua kitab-kitab suci. Seperti yang sering dikatakan kepada saya oleh teman saya, Yaman, seorang Islam yang baik adalah seorang Yahudi yang baik, dan seorang Kristian yang baik dan sebagainya. Saya amat bersetuju dengannya," kata penyanyi berusia 55 tahun itu. SAMBUNG BACAAN...

1 comment:

  1. Kata² madonna seorang islam yg baek adlah seorang yahudi yg baek adlah salah.Allah tak terima agama laen selaen islam.islam hg baek adalqh islam yg bertaqwa kpda Allah

    ReplyDelete

Busuk.com